Nota

(A)Keperluan Asas Haiwan

1. Haiwan juga mempunyai keperluan asas.

2. Keperluan asas haiwan ialah makanan, udara dan 
    tempat perlindungan.

3. Makanan dan air membantu haiwan untuk
    membesar dan sentiasa sihat.
  
4. Udara juga diperlukan oleh haiwan untuk terus hidup.

5. Haiwan yang hidup di dalam air seperti ikan dan
    udang mendapat udara melalui air.




(B)Pembiakan Haiwan 


1. Haiwan membiak.

2. Haiwan membiak sama ada secara melahirkan anak 
    atau bertelur.

3. Contoh haiwan yang melahirkan anak ialah kucing,
    gajah, monyet, tikus dan lain-lain.

4. Contoh haiwan yang bertelur ialah katak, penyu, 
    ikan, ular dan lain-lain.   

 

(C) Pergerakan Haiwan

1. Haiwan bergerak dari satu tempat ke tempat yang
    lain dalam pelbagai cara.

2. Ada haiwan yang berjalan, berenang, terbang,
    merangkak,menjalar, mengengsot, merayap,
    berlari dan melompat.

3. Haiwan bergerak untuk mencari makanan,
    minuman, pasangan, dan melarikan diri daripada
      musuh.


(D) Tempat Tinggal Haiwan 

1. Haiwan tinggal di merata-rata tempat.

2. Ada haiwan tinggal di dalam sarang, reban, lubang,
    pokok, kandang, gua, air, di dalam tanah, di celah  
    batu, atau di celah kayu.

    

  

8 comments: